Kertas 1 Soalan 22 - 24 - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Tuesday, May 15, 2012

Kertas 1 Soalan 22 - 24

Soalan 22 - 24


Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.
 
  • Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
  • Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga.
  • Contoh:

Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.

  • Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.
  • Contoh

Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.

Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda. Dengan latihan yang konsisten, pelajar pasti dapat menambah pengalaman dan penguasaan untuk menjawab soalan ini.

No comments:

Post a Comment