Merenang Gelora ini menceritakan kisah sebenar yang 
berlaku di sesetengah sekolah seperti kes buli, pengaruh dadah, samseng 
mafia sekolah.Kisahnya berkisar sekitar tahun 
90-an, dimana kepincangan pelajar jarang dihebohkan oleh pihak sekolah kerana 
bimbang nama baik sekolah terjejas walaupun keadaan itu benar-benar 
berlaku.
Merenang Gelora tidak berkias malah terus ke 
dalam minda pembaca seperti mana kejadian yang berlaku di sekolah di 
samping memberi fokus mengenai permasalahan remaja kini.
Konsep pembacaan sedemikian turut disasarkan untuk dimiliki golongan 
pelajar serta para guru kerana pelbagai senario yang pernah berlaku di 
sekolah dicatat dalam novel berkenaan.
Karya yang memenangi pertandingan novel remaja hadiah sastera 
Kumpulan Utusan pada tahun 2001 itu juga memaparkan keadaan di mana 
tidak semestinya seseorang yang baik dan rajin belajar akan memperoleh 
kejayaan kerana banyak individu rajin masih gagal. Jadi, kegagalan itu 
menjadi pemangkin bagi seseorang terus berusaha.


0 Comments