Sepertimana yang dimaklumkan oleh Y.B Menteri Kewangan dalam pembentangan budget 2011, kerajaan akan menyalurkan bantuan khas awal persekolahan kepada hampir 5.3 juta murid sekolah di seluruh negara. Bantuan ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 530 juta.
Mengikut perancangannya bayaran untuk murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 2012 dan murid-murid tingkatan 2 hingga tingkatan 5 2012 akan mendapat bantuan tersebut mulai minggu depan 14 Nov 2011. Bagi murid-murid darjah 1 dan tingkatan 1 2012, bayaran akan dibuat pada bulan januari 2012.
Perlu diingat, bantuan yang diberikan adalah untuk membeli persiapan persekolahan anak-anak seperti pakaian dan buku-buku. Seboleh-bolehnya elakkan dari menggunakan wang bantuan tersebut untuk keperluan lain. Bersikap amanahlah kerana tujuan utama kerajaan memberikan bantuan adalah untuk tujuan menuntut ilmu bukan tujuan lain. Bersikap amanah adalah tuntutan.
0 Comments