Contoh jawapan soalan percubaan Bahasa Melayu kertas 2 Melaka, 2011 - Bahagian B - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Tuesday, September 20, 2011

Contoh jawapan soalan percubaan Bahasa Melayu kertas 2 Melaka, 2011 - Bahagian B




Contoh jawapan bahagian B.

      Darsawarsa ini, negara kita sedang mengalami revolusi. namun, pemodenan negara bukanlah satu-satunya prioriti. Tempat bersejarah di negara kita juga perlu dipelihara.

      Faktor dominan memelihara tempat-tempat bersejarah adalah untuk menarik kedatangan pelancong terutamanya pelancong asing. Kehadiran pelancong secara tidak langsung membantu menjana ekonomi negara.

      Selain itu, pemeliharaan tempat-tempat bersejarah mampu mengekalkan nilai seni dan budaya bangsa. Bangunan bersejarah mempunyai corak binaan yang menarik yang mampu memaparkan identiti negara. 

      Sementelahan itu, kita dapat memupuk semangat patriotik serta mengenal negara kita lebih mendalam. Oleh itu kita akan lebih menghargai dan menghormati negara tercinta.

      Melalui pemeliharan tempat bersejarah, kita juga boleh mengenang sejarah negara. Jasa pemimpin terdahulu akan dihargai oleh generasi sekarang.

      Konklusinya, warisan sejarah negara perlulah dikekalkan untuk dijadikan iktibar dan panduan generasi akan datang.

1 comment: