Ciri-ciri murid cermerlang dalam pelajaran - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Wednesday, August 10, 2011

Ciri-ciri murid cermerlang dalam pelajaran

Antara ciri murid cemerlang dalam pelajaran ialah selalu bertanya guru dan rakan. Kita perlulah bersoal jawab bersama-sama rakan apabila tidak faham dalam soalan matapelajaran. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu. Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada kamus jika tidak fahami. Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran .Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan sukar ditarik balik dan guru tidak akan mengulangi. Ciri bertanya akan membuat kita berfikir penjelasan akan tersemat atau kekal dalam fikiran kita.Di samping itu, ia akan menghilangkan perasaan malu dan takut. Ini juga adalah salah satu cara mengulangkaji pelajaran. Tambahan pula,bertaya boleh menentukan perkara-perkara yang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru. Oleh itu, kita akan berasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.Ciri bertanya telah mambawa banyak faedah kepada kita. Seperti peribahasa”Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”

1 comment:

  1. WOW..NAMPAK MACAM BEST JE....

    ReplyDelete