Ad Code

Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 36-40

Soalan 36- 40
Baca syair di bawah ini dengan teliti kemudan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SYAIR MUNGKIR JANJI

Tuan berjanji berpegang tangan,
Mengaku bersama menyingsing lengan,
Tidak peduli tegah dan jangan,
Umpama sungai tiada berhalangan.

Tetapi akhimya apalah sudah,
Beberapa lama tangan menadah,
Rupanya tuan meluahkan ludah,
Umpama biawak bercabang lidah.

Tidakkah ingat tuan berkata,
Mahu bersama hina dan leta,
Daripada hidup berputih mata,
Biarlah tulang tercampak ke kota.

Tidak kusangka tuan tak ingat,
Umpama lebah membuang sengat,
Bila terasa api yang hangat,
Lekas benar tuan merengat
Kalau begitu aku berpesan,
Riwayat kita hapuskan kesan,
Supaya tidak berhati bosan,
Hilang segala resah dan resan.

Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Dewan Bahasa dan Pustaka

36.
Frasa Riwayat kita hapuskan kesan membawa maksud

A. berharap tidak berhubungan lagi.

B. memutuskan perhubungan yang terjalin.

C. kisah hidup tidak memberikan sebarang tanda.

D. orang yang mungkir janji hendaklah dihukum bunuh.






Jawapannya : B





37.
Apakah pengorbanan penyair terhadap rakannya?

A. Sanggup menghadapi cabaran demi ikatan janji.

B. Rela berputih mata untuk kesenangan rakan yang rapat

C. Meninggalkan kampung halaman untuk mengubah nasib.

D. Tergamak memutuskan persahabatan untuk mengelakkan sakit






Jawapannya : C





38. Ciri-ciri berikut yang manakah gaya bahasa simile?

A. lekas benar tuan merengat

B. mahu bersama hina dan leta

C. rupanya tuan meluahkan ludah

D. umpama sungai tiada berhalangan






Jawapannya : D





39. Berikut merupakan tema syair ini

A. kebimbangan penyair terhadap sikap sahabatnya.

B. kegagalan memperteguh ikatan persahabatan

C. kekecewaan penyair kerana sering tertipu

D. kekecewaan penyair terhadap sahabatnya.






Jawapannya : D





40. Bagaimanakah perwatakan orang yang mengungkapkan rangkap terakhir "Syair Mungkir Janji"?

A. Pendendam

B. Pemurah

C. Panas baran

D. Pemaaf






Jawapannya : D





  
            

Post a Comment

0 Comments