Ad Code

Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 31-35

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudan jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Dahlan memungut satu demi satu buku karangan. Dia perlu segera memungut buku-buku tersebut sebelum loceng pertama dibunyikan. Dia perlu segera meletakkan buku-buku itu di atas meja Cikgu Bustam. Dia menghitung satu demi satu.
"Satu lagi,siapa?"Tanya ketua darjah sambil memandang ke arah kawan-kawannya. Tiada sesiapa yang menjawab. Dia menghitung buat kali kedua untuk memastikan jumlahnya betul. "Ini ada 37 buah sahaja."
"Cepatlah,nanti cikgu marah," sampuk Sudin yang sudah bersedia untuk turun ke padang bagi memulakan Pendidikan Jasmani.
Suara murid-murid Tahun Enam Kenanga yang mengatakan bahawa mereka sudah menghantar buku karangan menjadi hingar-bingar seketika. Kelas itu menjadi bising.
          "Semua orang turun ke padang! Saya nak hantar buku dahulu.,"kata Dahlan setelah permintaannya tidak dilayan. Dia tidak kuasa lagi menunggu. Dia yakin Cikgu Zainab, guru Pendidikan Jasmani sudah menunggu di padang.
Dada Angamah berdebar-debar apabila dia terpandang Cikgu Bustam yang sedang memandang tepat ke arahnya. Dia jadi tidak menentu dan serba salah.
"Barangkali cikgu marah,"katanya kepada diri sendiri.
Dia tidak tahu apa yang harus di jawab kalau Cikgu Bustam memanggilnya nanti. Dia malu kepada rakan-rakan sekelasnya. Mengapa dia seorang sahaja yang tidak menghantar karangan ? Bermacam-macam persoalan bermain di kepalanya.
"Cepatlah masa!" Dia berdoa agar Cikgu Bustam segera keluar kalau loceng rehat dibunyikan.
"Angamah! Boleh jumpa saya di bilik tamu nanti?" kata Cikgu Bustam sebelum melepaskan murid-murid yang lain keluar rehat.
(Dipetik daripada cerpen Sayang Ayah, Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
31. Yang berikut merupakan sebab Dahlan ingin segera memungut buku-buku karangan kecuali...

A buku-buku itu hendak diletakkan di atas meja Cikgu Bustam.

B loceng pertama akan dibunyikan.

C mereka perlu turun ke padang.

D Cikgu Bustam ingin berjumpa dengannya di bilik tamu.


Jawapannya : D

32. Mengapakah Angamah berasa serba salah?

A Dia takut Cikgu Bustam memanggilnya.

B Cikgu Bustam memandang tepat ke arahnya.

C Dia malu kepada rakan-rakannya kerana tidak menghantar buku karangan

D Dia tidak tahu akan jawapan yang harus diberikan jika Cikgu Bustam memanggilnya.


Jawapannya : B

33.
"Barangkali cikgu marah," katanya kepada diri sendiri

Teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam petikan di atas ialah

A dialog

B saspens

C monolog

D pemerian


Jawapannya : C

34. Apakah perwatakan Cikgu Bustam berdasarkan petikan?

A Garang

B Tegas

C Amanah

D Bertanggungjawab



Jawapannya:  D



35. Contoh teknik imbas kembali dalam cerpen Sayang Ayah ialah

A Cikgu Angamah memujuk Angamah supaya menceritakan masalahnya.

B Angamah tidak menghantar buku karangannya.

C Ayah Angamah meninggal dunia kerana ditimpa kemalangan.

D Angamah teringat akan peristiwa dia dipukul oleh ayahnya.



Jawapannya: D

Post a Comment

0 Comments