1. | Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan. |
2. | Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. |
|
SALAH | BETUL |
setiap orang pelajar | setiap pelajar |
semua orang peniaga | semua peniaga |
sekalian orang peserta | sekalian peserta |
para orang imam | para imam |
segala ekor binatang | segala binatang |
|
3. | Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. |
|
SALAH | BETUL |
segala butir cadangan | segala cadangan |
tiap-tiap bentuk kenangan | tiap-tiap kenangan |
semua buah pendapat | semua pendapat |
pelbagai bentuk teguran | pelbagai teguran |
kedua-dua bentuk sifat | kedua-dua sifat |
setiap buah sumbangan | setiap sumbangan |
beberapa buah usul | beberapa usul |
|
0 Comments