Kata Ganti Diri
| 1. | Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah. | |
| 2. | Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh: | |
| » | Ahmad dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Ahmad dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul ) | |
| » | Singa itu ganas. Beliau terpaksa dibunuh. ( salah ) Singa itu ganas. Singa itu terpaksa dibunuh. ( betul ) | |
| 3. | Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. | |
| » | Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah ) | |
| » | Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul ) | |
| » | Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah ) | |
| » | Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul ) | |
| 4. | Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan. | |
| » | “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (salah) | |
| » | “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (betul) | |
| » | “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (salah) | |
| » | “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (betul) | |
| 5. | Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. | |
| » | Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah ) | |
| » | Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul ) | |
| » | Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah ) | |
| » | Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul ) | |
| 6. | Kata mereka tidak boleh diulang. | |
| » | Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) | |
| » | Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul ) | |
| 7. | Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. | |
| » | Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah ) | |
| » | Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul ) | |
| » | Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah ) | |
| » | Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul ) | |
0 Comments