Ad Code

Manafaatkan Musim Cuti Sekolah Yang Panjang

Musim cuti sekolah yangpanjang ini jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Gunakan waktu yang terluang ini dengan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah supaya tidakterjebakdengan aktiviti-aktiviti yang tidak baik.  Di musim cuti sekolah yangpanjang inibiasanya digunakan oleh anak-anak untuk melakukan aktiviti yang lain selaindari aktiviti pembelajaran. Oleh itu ibu bapa perlu memberikan perhatian mengenai aktiviti-aktiviti anak-anak agar aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan nilai dan moral serta bercanggah dengan Islam terutamanya.

Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Mereka menginginkan  supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa  untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka.

Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-

  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
  • Bawa keluarga melancong dalam negeri dan lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara atau berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.
  • Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Sekiranya anda mampu boleh hantar anak-anak menghadiri kelas badminton, renang, squash atau apa sahaja sukan yang mereka minati.
  • Kalau ada perpustakaan   awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
  • Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
  • Hantar anak-anak ke kelas pengajian al quraan dan fardhu ain untuk memantapkan lagi ilmu agama mereka. Pastikan mereka tidak mengabaikan kewajiban bersolat dan tanamkan semangat cintakan Islam di dalam jiwa mereka.
  • Bawalah anak-anak balik ke kampung untuk berjumpa saudara mara agar ikatan persaudaraan sentiasa utuh dan supaya hubungan kekeluargaan akan sentiasa rapat.

Post a Comment

1 Comments