Ad Code

CONTOH MENJAWAB SOALAN - Bahagian C - Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

    Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Cerita di bawah adalah berdasarkan peribahasa tersebut.

    Di sebuah kampung yang terpencil, terdapat seorang budak lelaki yang bernama Ahmad. Ahmad tinggal disebuah pondok yang usang bersama-sama ibunya. Mereka hidup dalam keadaan yang daif terutama selepas kematian ayahnya. Ayahnyalah tempat Ahmad dan ibunya bergantung hidup selama ini.

    Demi untuk menyara hidup mereka berdua, ibu Ahmad terpaksa bekerja dengan lebih kuat dengan menjahit baju diwaktu siang dan mengambil upah mencuci pinggan diwaktu malam. Tanpa mengenal penat lelah, ibu Ahmad gigih bekerja siang malam mencari rezeki demi untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada Ahmad. Ahmad pula belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa memperolehi keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan dan ini membuatkan hati ibunya amat gembira.

    Setelah meningkat usia remaja, Ahmad menyuarakan hasrat untuk pergi ke bandar mencari kerja untuk meringankan bebanan ibunya yang sudah semakin dimamah uisa. Walaupun berat rasanya untuk berpisah dengan anak kesayangannya, ibu Ahmad terpaksa rela membenarkan Ahmad pergi ke bandar untuk mencari kerja. Ibu Ahmad berpesan supaya Ahmad sentiasa menjaga diri dan tidak melupakan suruhan Allah dan balik ke kampung menjengoknya jika ada kepalangan.

    Siang, malam, pagi dan petang Ahmad bekerja tanpa mengenal penat atau jemu. Ahmad juga sentiasa mengingati ibunya di kampung dan akan pulang menjengoknya bila ada kelapangan. Oleh kerana Ahmad seorang pekerja yang rajin, dia menjadi kesayangan ketuanya dan dia telah memberikan kepercayaan kepada Ahmad untuk menerajui syarikat tempat dia bekerja. Ahmad menjadi bertambah sibuk dengan kerjanya dan kini dia semakin jarang menjengok ibunya ibunya di kampung. Semakin lama Ahmad semakin berjaya dalam kehidupannya dan kini dia telah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan hidup mewah. Tetapi Ahmad telah berubah menjadi seorang yang sombong dan sentiasa bermegah dengan kemewahan yang dimilikinya dan telah melupakan langsung ibunya yang hidup serba daif di kampung.

    Hati ibu mana yang tidak remuk bila anak kesayangan yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh, dibelai dengan penuh kasih sayang kini tidak menghiraukanya lagi setelah dikurniakan kehidupan yang mewah. Walau bagaimanapun si ibu sentiasa berdoa agar satu hari nanti Ahmad akan pulang juga ke kampung menjenguknya. Kini ibu Ahmad sudah terlalu uzur dan hanya mengharapkan belas ihsan dari jiran tetangga untuk meneruskan kehidupan. Akibat terlalu uzur akhirnya ibu Ahmad meninggal dunia.

    Ahmad semakin lupa daratan. Setiap malam berpesta dengan arak dan perempuan. Dia sudah hilang pedoman. Halal dan haram sudah tidak dihiraukan lagi. Perniagaannya yang dahulu maju kini semakin merudum. Hutang sudah keliling pinggang. Setiap hari pegawai dari bank datang menuntut hutang. Akibat kehidupannya yang liar, kini Ahmad telah dijangkiti penyakit aids. Ahmad sudah tidak karuan, fikirannya sudah semakin kusut. Semua kawan-kawan telah meninggalkannya kerana Ahmad kini bukan lagi orang kaya dan berpenyakit pula.

    Kini baru Ahmad teringatkan ibunya. Dia berasa sungguh menyesal kerana telah mengabaikan ibunya selama ini. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menjengok ibunya. Bila sampai di kampunag Ahmad sungguh sedih dan menyesal apabila diberitahu ibunya sudah tiada. Dia berasa sungguh sedih dan tertekan kerana ibu tempatnya bergantung selama ini telah tiada lagi. Akibat tekanan perasaan yang tidak tertanggung akhirnya Ahmad menjadi gila dan dia kini tidak dihiraukan lagi. Inilah balasan yang diterima Ahmad kerana tidak menghargai jasa ibunya selama ini.

Post a Comment

7 Comments

  1. bukannya tak boleh guna 'DEMI UNTUK'eak...kita boleh guna salah satunya saja...kalau guna DEMI,kita tidak boleh guna UNTUK.

    ReplyDelete
  2. menjenguk ke mengjengok

    ReplyDelete
  3. Teruskan usaha..

    ReplyDelete
  4. Jgn sesekli meniru perangai 'Ahmad..

    ReplyDelete
  5. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete