Curi Hari Raya Aidil Fitri Sekolah-sekolah Malaysia 2017 - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Thursday, June 1, 2017

Curi Hari Raya Aidil Fitri Sekolah-sekolah Malaysia 2017



Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2017 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Krismas.

Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan ‘cuti panjang’ selama seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun ini.

Tarikh cuti adalah seperti berikut:

Kumpulan A 23 Jun hingga 1 Julai Kumpulan B 24 Jun hingga 2 Julai
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Sekolah akan di buka selama dua minggu selepas berakhir cuti pertengahan pada 11 Jun ini, sebelum kembali bercuti selama seminggu sempena Aidilfitri.

Sementara itu, cuti pertengahan tahun kali ini serentak dengan cuti perayaan Hari Kaamatan pada 30 dan 31 Mei sementara Hari Gawai pula jatuh pada 1 dan 2 Jun ini.

Sumber Foto:By Jpquidores. (Own work.) [CC BY-SA 3.0], via Wikimedia Commons

1 comment:

  1. Terima kasih di atas info. Boleh rancang cuti dah

    ReplyDelete