Thursday, April 23, 2015



Menjelang penubuhan Komuniti ASEAN hujung tahun ini, Bahasa Melayu dilihat boleh memainkan peranan dalam membentuk solidariti masyarakat di rantau ini.

Dengan jumlah penduduk lebih 600 juta orang serta perbezaan ketara daripada sudut budaya, bahasa, agama, ekonomi dan politik di negara-negara anggota ASEAN, usaha mencari satu identiti serantau adalah amat mencabar.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Bahasa Melayu mampu menyatupadukan masyarakat ASEAN.

Beliau berkata Komuniti ASEAN harus dilihat mempunyai sifat kekitaan tersendiri yang akan menyerlahkan identiti kumpulan serantau itu dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

"Saya lihat Bahasa Melayu merupakan bahasa yang ditutur 300 juta manusia di ASEAN. Maka, lebih separuh penduduk ASEAN diwakili oleh penutur Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Amat baik jika ia diasaskan sebagai bahasa serantau dan ini akan menyatukan kita," katanya kepada BERNAMA di sini.

Rais menjelaskan ASEAN harus muncul dengan bahasanya sendiri, selain cuba menampilkan seni dan muzik yang melambangkan identiti kumpulan serantau itu.

Menurutnya beberapa negara jiran mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa serantau, namun beliau yakin cadangan itu mampu dilaksanakan.

"Vietnam, Laos dan Thailand mungkin tidak bersetuju. Tidak mengapa, asalkan dasar itu dapat dilihat dari sudut amali dan tidak hanya dilihat dari segi teori. Kita kena lihat apa yang menyatukan kita sekarang, tidak ada.

"Realitinya, Bahasa Melayu dan budaya serantau boleh menyumbang kepada kekitaan dalam ASEAN. Aspek sosiobudaya juga boleh serlahkan budaya serantau di ASEAN. Saya fikir harus dibawa dalam perbincangan," jelasnya.

Malaysia dipilih menjadi pengerusi ASEAN untuk penggal 2015 dan penubuhan Komuniti ASEAN yang dijadual hujung tahun ini merangkumi tiga pelan pembangunan iaitu Komuniti Ekonomi ASEAN, Komuniti Keselamatan Politik dan Komuniti Sosiobudaya.

Pada 2007, ASEAN bersetuju supaya penubuhan Komuniti ASEAN dipercepatkan kepada 2015.

Antara lain, Komuniti ASEAN melibatkan integrasi serantau yang lebih mendalam dan luas bagi membolehkan ASEAN bersaing dengan lebih berkesan serta meningkatkan lagi taraf hidup dan mrwujudkan kemajuan sosial lebih pesat untuk rakyat di negara-negara anggota pertubuhan itu.

Sementara itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu boleh digunakan sebagai alat membentuk kesepaduan.

Beliau berkata selain jumlah penutur yang ramai, Bahasa Melayu juga digunakan di empat daripada 10 negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

"Atas alasan itu, kita bolehlah cuba menyakinkan negara-negara ASEAN lain bahawa Bahasa Melayu boleh diangkat sebagai bahasa ASEAN untuk tujuan solidariti," katanya.

Malah, katanya langkah serupa pernah dilakukan Maharaja Shih Huang Ti yang memperkenalkan sistem tulisan seragam bagi menyatupadukan masyarakat di China yang menuturkan Bahasa Cina yang pelbagai.

"Seluruh dunia juga menggunakan Bahasa Inggeris untuk kesepaduan...jadi, boleh sangat digunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa serantau Asean. (Penyatuan melalui bahasa) sesuatu yang terbukti pada zaman lampau dan zaman sekarang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap usaha menyatukan masyarakat melalui Bahasa Melayu dapat dilakukan sepenuhnya dalam kalangan rakyat Malaysia terlebih dahulu, sebelum memberi tumpuan penuh kepada usaha di luar negara.

Menurut laman web ASEAN, Komuniti Sosiobudaya boleh menyumbang kepada merealisasikan Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat dan mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat dan negara anggota serantau itu.

Ia juga bertujuan membentuk satu identiti bersama dan membina masyarakat penyayang dan saling berkongsi yang inklusif serta meningkatkan kesejahteraan, kehidupan dan kebajikan rakyat di rantau ini.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, ASEAN kemudian dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.


-- BERNAMA



1 comment:

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

Contoh Karangan

Popular Posts