Ad Code

Permohonan kemasukan ke IPTA 2015 - Syarat kemasukan dan tarikh permohonan


Tarikh-Tarikh Penting Sesi Akademik 2015/2016

Permohonan kemasukan ke IPTA 2015

  • Jualan Unik ID BSN Dibuka. 
    Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015

  • Sistem Permohonan UPU Dibuka. 
    Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang

  • Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014. 
    Minggu pertama Mac 2015

  • Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016. 
    Minggu pertama Mei 2015

  • Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf. 
    1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)

  • Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015. 
    Minggu ke-2 Mei 2015

  • Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)

  • Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi. 
    3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)

  • Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    Minggu ke-2 Jun 2015

  • Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

  • Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015. 
    23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

  • Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015. 
    7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

  • Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    Minggu ke-2 Ogos 2015

  • Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

  • Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

  • Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016. 
    17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Syarat Am Permohonan

Program Lepasan SPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  • Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
  • Program Lepasan STPM/SetarafSyarat Am Permohonan
  • Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan

Program Lepasan SPM/Setaraf
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).


Post a Comment

0 Comments