Saturday, October 12, 2013

Karangan SPM Kertas 1
Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan.
  • Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan
  • Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
  • Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan.
  • 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan.
  • Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting.
  • Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.
  • Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa  yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
  • Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.
Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):

  • Isu pendidikan
  • Pelancongan ( Inap Desa)
  • Pemeliharaan bangunan bersejarah
  • Pelaburan dan tabungan
  • Kenaikan harga barang-barang
  • Pendatang tanpa izin
  • Penggunaan bahasa Inggeris
  • Masalah sosial dalam kalangan remaja
  • Pencemaran alam
  • Keselamatan kanak-kanak
  • Memartabatkan Bahasa Melayu
  • Kemalangan jalan raya
  • Perkembangan perhubungan dan komunikasi
  • Bioteknologi
  • Semangat kejiranan
  • Gaya hidup sihat
  • Hubungan kasih sayang ( Keluarga)
  • Membaca

Aspek-aspek Yang Dinilai

  1. Karangan menepati tema bahan rangsangan.
  2. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.
  3. Ejaan dan struktur ayat.
  4. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
  5. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
  6. Pendahuluan atau pengenalan.
  7. Penutup atau kesimpulan karangan.
  8. Tulisan yang jelas.
  9. Pemerengganan.
  10. Kesantunan bahasa.

Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan

  1. Pengenalan tidak menarik.
  2. Isi tidak menepati tema.
  3. Isi tidak dihuraikan.
  4. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
  5. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
  6. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
  7. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
  8. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
  9. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
  10. Banyak kesalahan ejaan.
  11. Isi yang diulang-ulang.
  12. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI

PANDUAN:
Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR

Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:

1. Unsur 1 (ayat utama)

  • Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
  • Gunakan ayat mudah.
2. Unsur 2 (ayat huraian)

  • Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
  • Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)
  • Penanda wacana yang sesuai.
  • Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik
3. Unsur 3 (ayat contoh)

    Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

  • Data statistik
  • Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati
  • Penemuan atau kajian saintifik.
  • Contoh langsung
4. Unsur 4 (ayat penegas)

    Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

  • Penutup kepada perenggan
  • Menegaskan semula isi utama
  • Menggunakan penanda

B. AKSESORI KARANGAN

1. Kosa Kata Menarik

2. Penanda Wacana Menarik

3. Ungkapan Menarik

4. Frasa Menarik


CONTOH:

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. (AYAT HURAIAN)


Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

25 comments:

  1. terima kasih atas cakna untuk membantu anak bangsa... laman ini sangat membantu

    ReplyDelete
  2. Cikgu saya penanda spm. Cikgu ckp tulis lebih 250

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lancau punya cikgu

      Delete
    2. bodoh ke apa tulis lebih?

      Delete
    3. Astaghfirullahalazim.. Tak baik mencarut anak-anak sekalian. Marilah kita mengambil apa yang baik dan meninggalkan segala keburukan drpd page ini. Bak kata pepatah 'ambil yang jernih, buang yang keruh'.

      Delete
    4. Maaf, tuan. Sebenarnya, dalam karangan Bahagian A dan B, tidak ada ketetapan daripada Lembaga Peperiksaan supaya pelajar diwajibkan menulis tidak melebihi 250 patah perkataan. Sebaliknya, pelajar sebenarnya digalakkan menulis lebih. Hal ini untuk membolehkan pelajar mengembangkan dengan lebih terperinci isi atau idea yang dikemukakan. Pengalaman sebagai Pemeriksa membuktikan bahawa Karangan Cemerlang Bahagian A biasanya ditulis lebih oleh calon. Sebaliknya, karangan kurang 250 patah perkataan gagal mengembangkan isi atau idea seperti yang diharapkan. Nota tambahan, sekiranya calon menulis lebih daripada 250 patah perkataan, periksa karangan itu seperti biasa. Karangan tanpa ungkapan menarik seperti peribahasa tidak dipertimbang untuk memperoleh Cemerlang. Semoga nasihat ini bermanfaat kepada semua calon SPM.

      Delete
    5. ...jadi lebih dari 250 a cikgu?

      Delete
  3. Thanks for this :) i needed it.Im from Australia and my BM sucks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Fucking Australian

      Delete
    2. let talk with brain ,you are a disgrace to the malay

      Delete
  4. Terima Kasih ..cikgu..Tip-tip cikgu memang amat membantu saya untuk menghadapi peperiksaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu tu bwat anak

      Delete
    2. Whats the problem with you brah? Rasa perfect sangat ker?

      Delete
    3. Apa hang karut.. bwat anak lak?.. kat sini kita bincang pasal karangan bahagian B.. bukan tempat nak mlawak hambar la sott.. Salah port bha kau ni.. syuh syuh~

      Delete
  5. Terima kasih. Antara beberapa tajuk yg cikgu senarai tu ada keluar dlm ujian karangan .. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. thank you ,esok saya spm
    doakan saya berjaya
    btw, cikgu saya pun tukang tanda spm ,dia kata lebih 250 lagi bagus. Pelik tapi benar, ape punye soalan mintak 250 tpi sbenanye boleh lebih

    ReplyDelete

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Contoh Karangan

Popular Posts