Wednesday, July 31, 2013

Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi.  Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.

Analisis soalan:-

Tema     :  Amalan menabung  (AR)
Contoh         :  Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional  (AC)
Skop Soalan :  Kebaikan menabung  (AA)

KARANGAN LENGKAP

PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA
AR:  Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC:  Ayat Contoh merujuk contoh tema 
AA:  Ayat Arah dikaitkan dengan arahan soalan
           *** tulisan berwarna biru = penanda wacana


[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.  [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dipraktikkan oleh ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.  [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada individu?  [AA] Oleh hal yang demikiankebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

PERENGGAN ISI - TEKNIK ATAH-ACAP
AT  :  Ayat Topik
AH  :  Ayat Huraian - menggunakan formula 5W + 1H + 2 I 
           (5W=What, When, Who, Why, Where) + ( 1 H=How)  + (2I= Impact/kesan + If)
AC  :  Ayat Contoh - Masukkan contoh / peribahasa
AP  :  Ayat Penyimpul / penegas bagi isi / idea utama

[AT] Sebagaimana yang kita sedia maklumi, amalan menabung dapat menjamin masa depan seseorang.  [AH-IDalam konteks ini, masa depan terjamin jika seseorang itu bijak merancang pendapatan mereka untuk perbelanjaan dan simpanan.  [AC]  Contoh yang boleh kita ambil ialah Puan Aliya yang berpendapatan RM 3000 akan menyimpan sebanyak RM 300 setiap bulan di dalam bank.  [AH-I] Secara tidak langsung, wang simpanan tersebut dapat digunakan oleh seseorang untuk bekalan hari tua atau untuk menunaikan haji di Mekah.  [AP] Jelaslah bahawa masa depan seseorang akan terjamin jika mereka mementingkan amalan menabung sejak awal lagi.

[AT] Kita dapat menyaksikan betapa amalan menabung membolehkan individu melanjutkan pelajaran ke menara gading di luar negara.  [AH-H] Dengan perkataan lain, pelajar dapat merealisasikan cita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui wang tabungan mereka.  [AC] Sebagai analoginya, Danial telah menyimpan yang sakunya setiap bulan untuk persiapan memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi yang diingininya. [AH-I]Impaknya, seseorang itu dapat mempraktikkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan sekali gus mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka.  [AP]Sesungguhnya, seseorang dapat memenuhi impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui tabungan.

[AT] Namun demikian, suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah amalan menabung membantu seseorang menghadapi saat-saat kecemasan dalam hidup mereka.  [AH-H] Malang tidak berbau, oleh itu seseorang perlu bersedia menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian.  [AC] Sebagai contoh, apabila seseorang itu ditimpa kemalangan seperti rumah terbakar, mereka dapat menghadapinya dengan tabah melalu tabungan yang dibuat.  [AH-I] Natijahnya, seseorang itu dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa tanpa menyusahkan orang lain.  [AP] Deduksinya, melalui amalan menabung, seseorang itu dapat menghadapi saat-saat kecemasan dengan mudah tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

[AT] Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung sebenarnya dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat di negara kita.  [AH-I]  Dalam hal ini, sikap berjimat cermat dapat dipupuk jika seseorang itu merancang perbalanjaan tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata.  [AC] Sebagai contoh, Iman yang hanya membeli barang-barang keperluan dan mengetepikan barang-barang yang tidak perlu.[AH-I] Kesannya, seseorang itu dapat mengelakkan pembaziran yang merupakan amalan syaitan.  [AP] Oleh itu, amalan menabung perlulah dititikberatkan agar sikap berjimat cermat dapat dipupuk dalam diri.

PENUTUP - TEKNIK RCPH
R  :  Rumusan
C  :  Cadangan
P  :  Pendapat
H  :  Harapan

[R] Kesimpulannya, sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, setiap individu sewajarnya mengutamakan amalan menabung dalam meniti kehidupan seharian. [C]Amalan menabung ini perlu disemai dalam sanubari setiap individu untuk memudahkan mereka menghadapi cabaran atau dugaan pada hari muka kelak.  [P] Oleh itu, seseorang itu perlulah bijak menguruskan kewangan masing-masing supaya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.  [H] Sebagai penghias bicara akhir, amalan menabung hendaklah dijadikan pedoman  hidup setiap individu yang berwawasan agar tidak dihimpit dengan masalah kewangan ataupun bebanan hutang.

Sumber: BLOG CIKGU ZAINAFSIAH

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

Contoh Karangan

Popular Posts