Wednesday, September 5, 2012

Filled Under: , ,

Contoh Karangan PMR Bahagian C - Karangan berdasarkan fakta.



Soalan.

Hampir setiap hari media massa membuat liputan tentang peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menanganinya.

Rangka karangan.

Pendahuluan.

  • Media massa banyak memaparkan berita tentang peningkatan kadar kemalangan jalanraya.
  • Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat, terutamanya di musim perayaan.
Isi
  • Peranan pihak polis - Ops Sikap - menjalankan pemeriksaan di jalanraya - musim perayaan.
  • Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan - lesen memandu
  • Servis Kenderaan
  • Sikap pemandu
  • Keadaan jalanraya
Penutup
  • Berpadu tenaga - mengurangkan kadar kemalangan jalanraya
Contoh karangan. (Siti Munirah Kamarudin, Tingkatan 3I, SMK Tun Mutahir, 2011)

      Media massa sering memaparkan berita mengenai peningkatan kadar kemalangan jalanraya. Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya pada musim perayaan.

     Terdapat beberapa langkah yang bole diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun ini. Antara langkah-langkah bagi menangani peningkatan kadar kemalangan jalanraya ialah peranan pihak polis. Peranan polis amat penting dalam memastikan peningkatan kadar kemalangan dapat dikurangkan terutamanya pada musim perayaan iaitu dengan mengadakan Ops Sikap atau sekarang dikenali pula dengan Ops Selamat. Ops Sikap ialah satu operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina.

      Selain itu, pihak media massa juga sering mengiklankan di kaca-kaca tv dan radio supaya pemilik kenderaan menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung. Penyelenggaraan enjin dan tayar amat penting untuk memastikan kenderaan anda berada pada tahap terbaik agar perjalanan anda menjadi lancar.

      Sikap pemandu yang lalai dan terburu-buru seringkali menjadi faktor utama berlakunya kemalangan jalanraya. Sikap pemandu yang lalai dapat dilihat apabila seorang pemandu bas tertidur kerana letih mencari nafkah untuk diberi kepada anak dan isteri. Dalam hal seperti ini, pemandu bas sepatutnya berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat yang banyak disediakan di sepanjang lebuhraya. Akibat sikap pemandu tersebut yang lalai dan terburu-buru untuk meneruskan perjalanan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan hingga  menyebabkan kecederaan parah atau kematian. Sehubungan itu, pemandu-pemandu amat digalakan untuk memastikan diri sentiasa cergas dan tidak mengantuk semasa memandu. Janganlah diikutkan sangat perasaan bak kata pepatah, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.

      Seterusnya keadaan jalanraya yang berlubang-lubang dan tidak rata juga sering menyebabkan berlakunya kemalangan. Dalam hal ini, Jabatan Kerja Raya atau lain-lain jabatan yang terlibat dalam penyelenggaraan jalanraya perlulah menjalankan peranan masing-masing dengan membaikpulih jalanraya yang rosak. Janganlah tunggu sehingga berlaku kemalangan baru hendak dibaikpulih.

      Konklusinya, semua pihak harus memerah keringat dalam mencapai matlamat kita yang satu iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya terutamanya di musim perayaan. Oleh itu, kita semua hendaklah berusaha dan berganding bahu dalam membendung kemalangan jalanraya yang semakin berleluasa.


9 comments:

  1. Replies
    1. Pergi Duyong beli berangan
      Singgah Semabok beli delima
      Kalau Putera Duyong sudi sumbangkan karangan
      Blog Retibahasa bila-bila masa sudi terima

      Delete
  2. Nak tanya , contohnya macam karangan ini , soalan ini meminta langkah untuk mengatasi maslah kesesakan jalan raya dan terdapat ramai pihak yang memainkan peranan tetapi kalau kita letak isi 'sikap pemandu' sahaja tetapi dalam pelbagai bentuk diterima tak ? Contonya sepeeti perenggan pertama kita tulis 'pemandu haruslah memandu dgn cermat' , perenggan kedua pula kita tulis 'Pemandu haruslah sentiasa peka' , perenggan ketiga pula 'pemandu haruslah memandu dengan kadar kelajuan yang telah ditetapkan' . Berapakah markah yang akan diberi ? Tq :)

    ReplyDelete
  3. berita ada ini

    CONTOH:KUCHING,18 MAC

    ReplyDelete
  4. banyak nya ads sampai lambat nak buka blog ni

    ReplyDelete
  5. susah nak nampak lha

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. nie mcm karangan budak2 ja .... dlm sesebuah karangan mesti ada ayat topic , huraian,,cnto,huraian contoh dan kesimpulan kecil laa .....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...