Monday, June 11, 2012


Saya berpendapat masalah buli di sekolah berlaku kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran sosial yang mantap seperti mengawal kemarahan, ego dan daya agresif dalam diri. Ini adalah kerana sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan  mengetepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan. Sukan umpamanya, mempunyai peranan yang besar dalam membentuk semangat juang,espirit de corp serta toleransi dalam konteks kalah dan menang. 

Banyak sekolah yang tidak mempunyai padang untuk aktiviti sukan. Aktiviti sukan diadakan secara ala kadar pada bulan-bulan pertama persekolahan. Justeru pelajar hari ini tidak pernah belajar untuk menerima kekalahan. Ego untuk menang menyebabkan pelajar baru sombong kepada pelajar lama. Saya rasa sampailah masanya Kementerian Pelajaran mengambil perhatian serius terhadap kepentingan sukan dan aktiviti kokurikulum dalam pembentukan sahsiah pelajar.
 

Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:
 

•    Pertumbuhan organ: 

 

Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.

•    Pertumbuhan fizikal: 

 

Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan
pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.

•    Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran: 

 

Koordinasi otot dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.

•    Pertumbuhan emosi dan sosial: 

 

Sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game".

•    Pertumbuhan insan dan negara: manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. 

 

Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM dan lain-lain.


Sumber:

PUSAT AKSES SMK SERI BALIK PULAU, PULAU PINANG-


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Contoh Karangan

Popular Posts