Ad Code

Contoh Teks Ucapan Sempena Hari Inovasi dan Jamuan Akhir Tahun Sekolah


TEKS UCAPAN PERASMIAN
PENGETUA
SMK TUN MUTAHIR
BATU BERENDAM MELAKA
SEMPENA
HARI INOVASI & JAMUAN AKHIR TAHUN 2011

Bismillahirraamanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus, Pengetua Cemerlang  SMK Iskandar Shah, Jasin dan mantan pengetua SMK Tun Mutahir

Yang dihormati En. Velaithan a/l Atchutha Nair, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Mutahir
Pn.Kamariah bte Othman, GPK 1
En. Ghafar bin Yahya, GPK HEM
En. Radhi bin Masah, GPK Koku
Pn Manja bte Md Doli, GPK Petang
Tn Hj Sajat bin Ahmad, GPK Pendidikan Khas
Ketua-ketua Bidang
Guru-guru dan semua warga SMK Tun Mutahir sekalian.


Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ka hadrat Allah SWT kerana dengan Iimpah  kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul  dalam majlis yang penuh bermakna pada malam ini bagi meraikan Majlis Anugerah Inovasi  dan Jamuan Akhir Tahun SMK Tun Mutahir 2011.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Setiap tahun,SMK Tun Mutahir  telah  manganjurkan Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Anugerah Inovasi peringkat sekolah yang dahulu dikenali sebagai hari Kualiti. Hari Kualiti telah ditukar kepada Hari Inovasi salaras dangan palancaran inisiatif Malaysia Inovatif 2010 oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 27 Januari 2010. Hari ini merupakan Majlis Anugerah  Inovasi kali ke tiga yang diadakan di peringkat SMK Tun Mutahir.

Saya percaya, Majlis Anugerah Inovasi yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan suatu usaha berterusan pihak kerajaan khususnya SMK Tun Mutahir untuk membentuk dan membudayakan masyarakat terutama guru-guru dalam mempelbagaikan dimensi  inovasi agar ia bukan sahaja mencakupi prosedur kerja, tetapi  juga berinovasi dalam cara berfikir, bertindak dan sanggup berubah supaya terus relevan dan selari dengan keperluan perkhidmatan dan amalan kerja semasa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Hari Inovasi ini diadakan juga bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha-usaha berkaitan inovasi serta memperkukuhkan nilai-nilai integriti dalam kalangan warga  pendidik. Justeru, pambudayaan inovasi dalam organisasi adalah satu  ciri penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan  sentiasa barada pada tahap cemerlang.

Bagi menjadikan kita penjawat awam yang berinovasi, berkualiti dan berintegriti, saya menyeru agar semua warga SMK Tun Mutahir terus melengkapkan diri dengan kemahiran (skills), ilmu pengetahuan (know/edge) dan sifat-sifat peribadi (attitude) yang tinggi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan syabas kepada guru-guru dan warga SMK Tun Mutahir yang telah terpilih untuk menerima anugerah inovasi bagi tahun 2011 ini.Semoga penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada semua warga SMK Tun Mutahir yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tahun 2011. Tidak lupa juga kepada AJK Kelab Keluarga  dan AJK Majlis Anugerah Inovasi  yang telah menjalankan persiapan bagi menjayakan  majlis pada malam ini.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus kerana telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan majlis pada malam ini.

Wabillahi al-taufik wal-hidayah, assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.
 

Post a Comment

0 Comments