Tuesday, December 20, 2011

KETIKA ini, ekonomi Malaysia sedang mengalami perubahan struktur secara besar-besaran tetapi hanya segelintir rakyat negara ini yang peka mengenainya.

Sektor perkhidmatan kini mengambil alih sektor pembuatan sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. Ini akan memberi implikasi meluas ke mana dan di mana orang awam mencari pekerjaan dan apa juga jenis kemahiran yang diperlukan bagi mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Sasaran pertumbuhan kerajaan amat jelas iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Jika merujuk Bank Dunia, ia bermakna Malaysia menuju ke arah mencapai pendapatan perkapita RM49,000 (AS$15,000) menjelang dekad itu. Tahap pendapatan perkapita pada 2010 ialah RM23,000 atau AS$7,000.

“Ini adalah sasaran yang diharapkan dan memenuhi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurang-kurangnya tujuh peratus setiap tahun.”

Dari perspektif sejarah, kadar pertumbuhan negara lebih banyak dipengaruhi sektor pembuatan, tetapi apabila menilai semula dasar ekonomi negara tahun lalu, kerajaan sedar yang ia mungkin tidak dapat bertahan dalam jangka panjang.



Ia berdasarkan dua alasan. Dalam ekonomi membangun, sektor perkhidmatan lazimnya menjadi penyumbang terbesar kepada keluaran ekonomi. Tahun lalu, perkhidmatan menyumbang sehingga 77 peratus pertumbuhan domestik Amerika Syarikat (AS), Jerman (71), Jepun (74), Singapura (63) dan Hong Kong (92 peratus). Di Malaysia, kadarnya menunjukkan 58 peratus. Secara logik, ia bermakna masih banyak ruang untuk sektor perkhidmatan berkembang sejajar dengan peningkatan ekonomi negara.

Alasan kedua pula agak kurang menarik. Banyak kelebihan daya saing dalam pembuatan tradisi yang dimiliki Malaysia terpaksa bersaing dalam ekonomi bebas.

“Jalan penyelesaian untuk kita ialah dengan menawarkan nilai tambah tinggi dan memberi lebih banyak teknologi serta intensif modal industri. Perkara ini sedang berlaku tetapi ia akan mengambil sedikit masa.”

Sumber baru pertumbuhan ekonomi perlu diteroka dan kerajaan sudah menetapkan sasaran bahawa sektor perkhidmatan akan memacu pertumbuhan masa depan. Ia dijangka menjana pemilikan sektor berkenaan (termasuk perkhidmatan kerajaan) dalam pertumbuhan KDNK sehingga 67.3 peratus menjelang 2020.

Kerajaan membayangkan pertumbuhan sektor ini akan berlaku secara menyeluruh, terutama dalam industri minyak dan gas, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan profesional, pendidikan dan latihan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penjagaan kesihatan dan pelancongan.

Tumpuan utama akan diberikan kepada pembangunan sektor yang dikelaskan sebagai tunjang perkhidmatan. Ia akan menjadi satu-satunya penyumbang penting terhadap input pengeluaran dan eksport dalam perkhidmatan lain.
Bayangkan, perkakasan perisian yang kita gunakan untuk mengendalikan lapangan terbang atau jaringan digital yang membolehkan kita menggunakan telefon bimbit.

Bagi memacu pertumbuhan industri perkhidmatan, kerajaan membuka pintu kepada beberapa subsektor perkhidmatan kepada pelabur asing untuk melabur. Langkah membenarkan pelabur asing menjalankan perniagaan di negara ini atau menjalin usaha sama dengan syarikat tempatan akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran rakyat Malaysia dan juga membantu mereka mengukuhkan perniagaan sambil memiliki jaringan di luar negara.

Beberapa dasar liberalisasi ekonomi yang diambil kerajaan sebelum ini juga bertujuan memenuhi kehendak negara yang sudah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan.

Sejak menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 1995, sebagai contoh, kita komited dengan pendirian untuk meliberalisasikan sektor yang lebih meluas dalam industri perkhidmatan. Terbaru, kita menyertai Rundingan Doha. Apabila rundingan itu selesai, kita akan meliberalisasikan 11 daripada 12 sektor utama.

Komitmen bersama ASEAN juga menuntut kita menjadi lebih terbuka secara progresif dalam pasaran perkhidmatan domestik untuk bersaing dengan negara ASEAN lain. Sasaran dan tempoh masa yang kita ikuti kini berdasarkan rangka pelan hala tuju untuk mengukuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015. Sehingga kini, kita sudah melaksanakan liberalisasi dalam 96 subsektor perkhidmatan.

Kerajaan juga bertindak secara sebelah pihak untuk memacu lebih pantas liberalisasi sektor perkhidmatan. Pada April 2009, sebanyak 27 subsektor perkhidmatan dibuka. Lebih banyak langkah meyakinkan diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan Bajet 2012 di Parlimen baru-baru ini.

Sebagai tambahan, 17 subsektor akan dibuka kepada pemilikan pelabur luar pada 2012. Perubahan ini membolehkan pelabur luar memiliki sehingga 100 peratus perniagaan tempatan mereka.

Kerajaan juga melakukan rundingan meluas dengan sektor swasta dan awam. Sebagai tambahan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mempersiapkan rangka pelan bagi meliberalisasikan sektor perkhidmatan. Buat pertama kali kemasukan ekuiti asing tinggi dalam bidang perkhidmatan seperti seni bina, kejuruteraan, percukaian dan perkhidmatan perakaunan juga akan dibenarkan. Bagaimana semua ini mampu dilaksanakan?

Sebuah badan pemantau dikenali sebagai Majlis Pembangunan Perkhidmatan Malaysia (MSDC) diwujudkan untuk memantau dan menyelaras program liberalisasi yang dilaksanakan kementerian.

MSDC akan menilai syarat dan peraturan yang akan mendorong kepada pertumbuhan industri dan membantu usahawan tempatan khasnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membangun dan mengeksport perkhidmatan mereka.

Potensi eksport daripada sektor perkhidmatan kita tidak boleh dipandang rendah. Tahun lalu, eksport perkhidmatan bernilai RM105 bilion. Pelancongan adalah penyumbang terbesar dalam nilai eksport perkhidmatan itu. Pada 2010, 24.6 juta pelancong melawat Malaysia, membawa keuntungan berjumlah RM56.5 bilion. Jika kita mampu menarik lebih ramai pelancong dari China, Eropah dan Asia Barat, sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK akan bertambah.

Sektor pembinaan kita menyumbang nilai eksport sehingga RM3.44 bilion. Asia Barat menjadi destinasi pilihan syarikat pemaju Malaysia dan sejak beberapa tahun lalu, tujuh syarikat pemaju utama Malaysia mendapat projek di Arab Saudi, Sudah, Qatar, Emiriah Arah Bersatu (UAE), Bahrain, Syria, Oman, Yaman dan Maghribi.

Kita juga menjangkakan yang pelancongan kesihatan akan menjadi industri yang berkembang beberapa tahun lagi dan akan memberi kesan tambahan kepada sektor lain dalam ekonomi. Sektor kewangan Islam kita juta terus meningkat dan terus menarik lebih ramai pelabur.

Keseluruhan, kita kini memiliki pelbagai inisiatif yang dapat meningkatkan usaha memacu pembangunan sektor perkhidmatan. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang bekerja keras menarik pelabur asing dalam sektor ini, manakala Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membantu syarikat kita untuk mengeksport perkhidmatan ke negara terpilih.

Pada masa sama, syarikat tempatan juga perlu mengambil kesempatan dan peluang yang dapat mengembangkan lagi sektor perkhidmatan penting dalam ekonomi kita sejajar dengan usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Jika kita mampu mengekalkan pertumbuhan ini dan kekal fokus, saya yakin kita mampu mencapai pertumbuhan yang disasarkan.

Sumber: Berita Harian


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Contoh Karangan

Popular Posts