Tuesday, December 6, 2011

Anda sedang mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu tapi anda tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya. Mungkinkah anda sedang mengalami stress atau tekanan perasaan! Stress atau tekanan perasaan adalah salah satu penyakit moden yang banyak membelengu masyarakat hari ini. Apa itu stress dan adakah stress itu membahayakan diri kita? 

Dr. Hans Selye, pengasas teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif yang dinamakan “eustress” dan ada pula negatif dan dinamakan sebagai “distress.” 

Tekanan yang positif boleh menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)


Punca stress

Cuba kita lihat apakah punca utama yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress atau tekanan perasaan. Berikut adalah antara punca utama stress:

Masalah kewangan
Menunggu lama
Konflik rumahtangga
Kena buli
Rasa rendah diri
Beban kerja
Penyakit fizikal
Kesesakan lalulintas
Persekitaran yang tidak selesa
Tragedi

Gejala stress

Gelisah
Risau keterlaluan
Gangguan tidur
Kurang tumpuan kerja
Cepat marah

Bagaimana caranya mengatasi stress?

Amalkan 10B seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beribadat
Bertenang
Berkata: Relaklah...
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif


4 comments:

  1. artikel menarik..sangat berguna utk sy :)

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips hilangkan stress

    ReplyDelete
  3. very helpful in explaining in what stress really is :) .. 2016 :))))))

    ReplyDelete

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

Contoh Karangan

Popular Posts