Ad Code

Bayaran bantuan khas awal persekolahan dijangka di agihkan minggu depan.


Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan polis untuk mengeluarkan bantuan awal persekolahan yang dijangka akan diagihkan kepada murid-murid dan ibu bapa seawal minggu depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian memerlukan langkah-langkah keselamatan yang ketat demi menjamin keselamatan serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Menurutnya lagi adalah tidak selamat untuk membiarkan Pengetua atau Guru Besar mengeluarkan duit dari bank dalam jumlah yang banyak hanya diiringi oleh seorang pembantu.

Sebagai contoh, jika sebuah sekolah yang mempunyai 2000 orang murid, pengetua perlu mengagihkan RM200,000.00 kepada pelajar-pelajar dan jumlah tersebut adalah satu jumlah yang besar, jadi adalah tidak wajar jika hanya pengetua atau guru besar yang hanya diiringi oleh seorang pembantu untuk mengeluarkan serta membawa wang tersebut dari bank ke sekolah.

Walaupun terdapat cadangan supaya pihak kementerian memasukkan terus duit tersebut ke dalam akaun murid atau ibu bapa, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata memang terdapat cadangan tetapi terdapat ramai kalangan ibu bapa terutamanya yang berada di luar Bandar yang tidak mempunyai buku akaun atau bank terletak jauh. Untuk memudahkan urusan, maka kementerian memutuskan untuk mengagihkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 setiap murid secara tunai.

Beberapa buah sekolah di negeri Melaka akan mula mengagihkan bantuan awal persekolahan mulai esok. Jadi ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah anak masing-masing untuk maklumat lebih lanjut. 


Post a Comment

0 Comments