Sunday, October 2, 2011

  1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. 
  2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. 
  3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik. 
  4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. 
  5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. 
  6. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. 
  7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. 
  8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat  
Format karangan

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris    atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.   
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan pelapor
Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor
Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di   hujungnya. Seterusnya   ditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh karangan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

1. Pendahuluan:

Penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2. Isi

a. kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

b. ceramah -pensyarah dari USM

c. gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah

d. lawatan ke Taman Ular
3. Penutup

Berterima kasih kepada guru penasihat.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] tajuk / perkara   ( jika tiada      - tolak 1 markah )
b] nama pelapor     ( jika tiada     - tolak 1 markah ) -
boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan


Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau

        Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang.Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik.Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.  
        Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah…Peraduan Menulis Esei Tentang Sains….Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.  
        Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.  
        Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.  
        Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat, Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.  
Disediakan oleh,                                                              25 Januari 1996        
       Azmi 
_______________ 
(AZMI SULAIMAN) 
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains 
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.


0 comments:

Post a Comment

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

Sponsor

SAHABAT BLOGGER

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

Jalinkan Silaturahim

Recommend us on Google!
Pin It On Pinterest
Follow Me on Pinterest

Jom Sembang

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Unordered List

Popular Posts