Ad Code

Contoh jawapan soalan percubaan Bahasa Melayu kertas 2 Melaka, 2011 - Bahagian D.

Bahagian D


Contoh jawapan 1. Anak Din Biola

      Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 1 ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Pengajaran yang kita patut belajar ialah kita seharusnya mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaan.

      Sebagai contoh, Budiman belajar menggesek biola bersungguh-sungguh dengan Pak Wan Busu dan Datin Siti Nurbayu kerana ingin memenuhi hasrat arwah ayahnya.

    Selain itu, Pak jais bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak yatim di Rumah Bonda. Beliau telah memenuhi segala keperluan asas anak-anak yatim di rumah tersebut.

      Budiman juga memaparkan sikap bertanggungjawabnya dalam peristiwa dia melaporkan penyelewengan Pak Mat Tukang Masak di Rumah Bonda. Budiman juga melaporkan kegiatan penyeludupan dadah yang dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis.


Contoh jawapan 2. Tragedi Empat Disember

      Novel yang saya kaji dalam tingkatan dua ialah Tragedi Empat Disember. Terdapat tiga contoh peristiwa yang mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaan.

      Sikap bertanggungjawab dapat dilihat dalam diri En. Razali apabila dia menjalankan tugasnya mengiringi Menteri Pertanian dalam rombongan ke negeri-negeri utara.

      Selain itu, pengajaran tersebut juga dapat dilihat melalui kerjasama antara Polis Marin Malaysia dan juga Polis Marin Indonesia yang bertanggungjawab menghantar Antik pulang ke Pulau Rangsangan.

      Selain itu DSP Yazid juga bertanggungjawab sebagai seorang anggota polis menjalankan tugasnya menyiasat laporan yang melibatkan rampasan kapal terbang. Beliau juga bertanggungjawab memberitahu kakak iparnya, Puan katijah perkembangan dan berita mengenai En. Razali.

Klik di sini untuk Kajian Novel Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan.

Post a Comment

0 Comments