Tuesday, September 27, 2011

Tulis sebuah rencana yang bertajuk, "Usaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan di negara kita."

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya.  Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi.  Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk Negara!"

Soalan 1. Sila klik di sini

Soalan 3. Sila klik di sini

Soalan 4. Sila klik di sini

Soalan 5. Sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Contoh Karangan

Popular Posts