Wednesday, September 14, 2011

Contoh jawapan soalan percubaan Bahasa Melayu kertas 2 Melaka, 2011


Bahagian A (i): Ringkasan

Antara keperluan menyertai aktiviti rekreasi ialah aktiviti rekreasi mampu membina kekuatan mental dan ketahanan fizikal diri peserta. Selain itu, aktiviti rekreasi boleh menguji kesabaran dan ketabahan mereka dalam menghadapi sesuatu rintangan di dalam hutan. seterusnya, aktiviti tersebut mampu mengikis sikap mementingkan diri setiap peserta. Di samping itu, penyertaan dalam aktiviti rekreasi membolehkan para peserta memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam menyediakan peralatan yang diperlukan. Aktiviti rekreasi juga dapat mencungkil sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan  peserta. Natijahnya, kebiasaan dalam aktiviti rekreasi ini sebagai suatu latihan agar mereka dapat menghadapi apa-apa masalah dalam kehidupan seharian dengan mudah.

Bahagian A (ii): Pemahaman.

  1. Maksud rangkai kata menempah maut ialah mengundang kematian
  2. Dua kriteria yang perlu ada dalam diri individu yang ingin menyertai aktiviti rekreasi pada pandangan penulis ialah mempunyai minat dan ilmu yang mencukupi, Selain itu, sihat tubuh badan dan tahan lasak.
  3. Pada pendapat saya, dua cara untuk menggalakkan para belia meminati aktiviti rekreasi ialah dengan mengadakan kempen serta diiklankan melalui media massa. Selain itu, menyediakan hadiah yang lumayan untuk menarik minat para belia menyertai aktiviti rekreasi yang dianjurkan.

2 comments:

  1. ujian 10 ogos,saya nak belajar,tetapi dah lepas sudah,namun,peperiksaan oktober adalah last,mesti kuat belajar.

    ReplyDelete
  2. kertas soalan PMR 2012 tak ada..??
    saya nk cari

    ReplyDelete