Sunday, June 12, 2011

Filled Under: ,

Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 1 - 7

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapanyang paling sesuai.
1. _________ bekalan elektrik dijangka berlaku ekoran kerja-kerja membaiki kerosakan di pencawang utamanya.

A. Gangguan  C. Sekatan


B. Krisis        D. Pemotongan









Jawapannya : A







2. Kakak _________  beberapa orang rakan karibnya ke majlis perkahwinannnya nanti.

A. meminta          C. menuntun


B. mengundang D. menyuruh









Jawapannya : B







3. Setelah _________  jasa pihak tertuduh, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kepada anggota tentera itu.

A. mencampur aduk  C. mengambil kira


B. mengenal pasti  D. menokok tambah









Jawapannya : C







4. Kegiatan penyeludupan yang dilakukan oleh Encik Gurmit sungguh ______ sehinggakan sukar dikesan pihak penguat kuasa.

A. liat    C. ligat


B. licik D. lancar









Jawapannya : B







5. Kamal member itahu ibunya bahawa dia ingin ke kelas tambahan __________ niat sebenarnya hanyalah untuk menyertai rakan-rakannya mandi di sungai.

A. maka C. bahkan


B. namun  D. padahal









Jawapannya : D







6. Pelbagai hadiah__________ oleh pasar raya di negara ini kepada pelanggan untuk memikat hati mereka

A. disogokkan       C. ditawarkan


B. diberikan  D. disajikan









Jawapannya : C







7. Ayah kelihatan gelisah dan _______ di halaman rumah kerana menunggu adik yang tidak pulang-pulang dari sekolah.

A. mundar-mandir C. bolak-balik


B. kelam-kabut D. gopoh-gapah









Jawapannya : A

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...