Ad Code

Soalan PMR 2009 - Bahagian A(ii) - Pemahaman

Soalan adalah berdasarkan soalan PMR 2009 Bahagian A(i) - Ringkasan


Bahagian A(ii) - Pemahaman
[10 markah]


Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud masa senggang.    [2 markah]
2. Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid. [4 markah]
3. Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?
[4 markah]



Contoh jawapan 
1. "Masa senggang" bermaksud waktu terluang


Untuk mendapat markah penuh, maksud hendaklah tepat mengikut konteks dan ayat  gramatis. Maksud yang tepat ialah
waktu lapang, waktu rehat atau waktu terluang.


Maksud masa senggang ialah masa lapang.


Jawapan di atas tidak tepat kerana perkataan masa tidak ditukar dengan perkataan yang sama maksud iaitu waktu.


Rangkai kata "masa senggang" bermaksud masa terluang atau masa lapang.


Jawapan di atas salah kerana pelajar memberi dua maksud. Sekiranya pelajar menjawab masa terluang, pelajar boleh mendapat satu markah.


Maksud masa senggang ialah waktu yang lapang.


Jawapan di atas salah kerana pelajar menambah perkataan yang. Jawapan perlulah dua perkataan sahaja. Penambahan yang di antara rangkai kata menjadikannya frasa atau ayat.

2. Sesetengah pihak kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid kerana kerja rumah dianggap menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa meluangkan masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Lebih-lebih lagi, pemberian kerja rumah turut menimbulkan rungutan kerana kerja rumah telah menyebabkan masa anak-anak dikorbankan untuk membuat kerja rumah yang sepatutnya dimanafaatkan untuk berkembang dari segi jasmani.

3 Murid-murid boleh menyediakan jadual masa untuk belajar dengan lebih efektif sekali gus berjaya dalam pelajaran. Murid yang ingin berjaya dalam bidang akademik turut dikehendaki untuk menelaah tanpa mengenal jerih payah. Sikap malas ternyata tidak dapat mendorong para pelajar ke arah kejayaan. Walau bagaimanapun, rehat dan tidur yang mencukupi turut diperlukan untuk menjamin minda kita sentiasa cergas yang merupakan platform untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Malahan, para murid dikehendaki  melakukan senaman untuk kekal sihat dan cergas.



Post a Comment

0 Comments