Ad Code

Soalan berbentuk peribahasa - menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat

Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.

Soalan ini dapat dianggap sebagai soalan bonus kepada para pelajar kerana mudah dikuasai. Tidak seharusnya pelajar mengalami masalah dalam soalan bentuk ini berbanding bentuk soalan yang lain.Terdapat dua bentuk yang ketara dalam soalan peribahasa iaitu menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat ataupun menentukan peribahasa yang sama maksudnya ataupun berbeza maksudnya dengan peribahasa yang dikemukakan sebagai soalan.


Bagi menguasai soalan ini, pelajar perlu mahir dengan aspek peribahasa dan maksudnya. Pelajar tidak perlu menguasai maksud perkataan demi perkataan, memadailah pelajar memahami maksud yang mahu disampaikan berdasarkan peribahasa yang dikemukakan. Selain itu, pelajar perlu mahir menguasai maksud ayat dan mencari kesesuaiannya dengan pilihan peribahasa yang dikemukakan. Latihan yang kerap akan membolehkan pelajar menguasai peribahasa dengan mudah.

  1. Pergaduhan yang berlaku antara puak di Sudan itu telah menyebabkan rakyat yang tidak berdosa menderita. Situasi di atas dikatakan sebagai
 A   rusa ditembak, kijang yang kena
 B   menang jadi arang, kalah jadi abu
 C   gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
 D   orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya
 
Maksud peribahasa
 
Rusa di tembak, kijang yang kena  bermaksud perkara lain yang dihajati ataupun diingini perkara lain pula yang diperoleh.
 
Menang jadi abu, kalah jadi arang bermaksud sesuatu perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kedua-dua pihak sama ada menang ataupun kalah.
 
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah bermaksud perselisihan faham ataupun peperangan antara dua pihak, orang yang tidak terbabit ataupun bersalah terpaksa menerima musibahnya ataupun turut terkorban
 
Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya bermaksud orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibat kesalahan tersebut.

Post a Comment

0 Comments