Ad Code

BAHAGIAN C (KARANGAN UMUM) 40 MARKAH

1. Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan (tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
2. Perenggan - 5/6 perenggan.
- 1 Perenggan - Pendahuluan.
- 4 Perenggan - Isi/huraian/contoh/bukti-angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
- 1 Perenggan - Penutup.
3 Jumlah isi - 3 / 4  isi sahaja.
4. Sintaksis - ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
(Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Di samping itu, dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah
karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.


PEMBINAAN KARANGAN.

Contoh Soalan

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.


i. Cara menulis pendahuluan.
- Pastikan 1 perenggan sahaja.
- Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
- Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan
pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik  perhatian pemeriksa.
- Boleh  selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll.

Contoh pendahuluan-

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita acap kali mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka menuding jari menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan masing-masing dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang. 

ii.

Cara menulis isi karangan. 
- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. 
- Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan
menggunakan penanda wacana.   
- Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
- Formula( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana +
Kesan/ Contoh )

Contoh Isi karangan

Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. Yang terbaharu, kejadian di Bukit Antarabangsa tahun 2009 juga telah merosakkan banyak harta benda.

iii.

Cara menulis penutup karangan.
- Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda
huraikan.
- Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan
dalam perenggan isi.
- Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )

Contoh -

Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . (BAGAIMANA). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah
runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang. 

Soalan karangan yang popular.
1. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti
di sekolah.
2. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
3. Karangan Laporan.
4. Karangan Perbincangan/Pendapat.
5. Karangan Bertajuk Peribahasa.
6. Karangan Cereka/keperihalan.
7. Karangan Syarahan/perbahasan

Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN

Post a Comment

0 Comments