Ad Code

Tarikh Keputusan PMR 2010

23 Disember 2010. Ya, itulah tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid dan juga guru-guru yang sedang menanti keputusan PMR. Berdebar, berdegup jantung, resah, risau dan macam-macam lagi perasaan sedang membuai perasaan. Kalau keputusan baik, Alhamdulillah, segeralah mengucap syukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengajar. Kalau kurang berjaya jangan putus asa kerana perjalanan masih jauh dan peluang untuk membaiki diri masih terbuka luas.

Banyak-banyakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan, anda semua mendapat keputusan yang cemerlang dan bakal menggembirakan hati anda dan juga keluarga anda.

Bagi ibu bapa jangan gemuruh sangat. Doakan yang terbaik untuk anak-anak , jika mereka berjaya, bergembiralah tetapi sekiranya mereka kurang berjaya, pujuklah dengan baik. Berikan semangat dan harapan agar mereka tidak terlalu kecewa. Perlu diingat kejayaan di PMR bukan penentu kepada kejayaan di masa depan tetapi ianya adalah batu loncatan untuk mencapai cita-cita. Kegagalan pula bukan bererti tiada masa depan bagi pelajar-pelajar. Anggaplah ia sebagai pembakar semangat supaya pelajar-pelajar berkerja dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan di SPM kelak.

Selamat maju jaya dan kepada yang berjaya dengan keputusan cemerlang nanti, tahniah Cikgu ucapkan dan kepada yang kurang berjaya, gandakan usaha, belajar dengan lebih gigih lagi supaya pelajar-pelajar akan mengecapi kejayaan yang cemerlang juga diperingkat yang lebih tinggi nanti.

Post a Comment

0 Comments